Hari ni dah masuk tahun baru dan ini adalah post pertama tahun 2014 di blog ini. Sudah hampir setahun saya berblogging dan sudah pun mencecah puluhan ribuan ringgit dengan hanya blogging sahaja. Sumber duit blog saya adalah hasil daripada buat servis, affiliate dan produk sendiri.

Kenapa saya katakan ia duit dari hasil blogging? Ini kerana blog adalah pusat utama medium pemasaran saya.

Baiklah. Pada kali ni saya bukan nak ceritakan pasal nak buat duit dengan blogtetapi nak tunjukkan kepada anda satu kisah kejayaan sepupu saya iaitu saudara Hafizi Zain dalam bisnes ebook beliau.

Jom kita baca kisah dia sejenak.

“Hafizi zain merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara. Sewaktu masih lagi di dalam perngajian, beliau telah memulakan perniagaan percetakkan T-Shirt secara sambilan.

Beliau seringkali mendapat tempahan daripada pelbagai pihak yang memerlukan T-Shirt khas untuk majlis-majlis anjuran mereka seperti hari keluarga dan hari sukaneka.

Pengalaman beliau ini telah memberikan beliau idea untuk menulis sebuah ebook tentang perniagaan T-Shirt. Selepas dilancarkan, ebook belaiu mendapat smbutan yang sangat memberangsangkan.

Disebabkan ebook tersebut juga, beliau dikenali ramai sebagai seorang yang pakar di dalam perniagaan T-Shirt. Syarikat perniagaan T-shirt beliau juga secara tidak langsung mendapat promosi yang meluas dan pelanggan beliau juga semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Hasil yang diperolehi daripada jualan ebook tersebut digunakan juga untuk mengembangkan lagi perniagaan T-Shirt beliau. Kini, beliau telahpun mempunyai sebuah kedai serta beberapa orang pekerja yang membantu beliau menguruskan perniagaan”.

Terbaca saya dalam satu buku ni. Rahsia kekayaan orang kaya adalah sumber pendapatan daripada pendapatan pasif bukanya pendapatan aktif. Apa itu pula pendapatan pasif? Pendapatan pasif adalah di mana anda buat kerja keras dalam satu masa dan anda dapat hasilnya pada setiap masa tanpa usaha lagi. Salah satu contoh pendapatan pasif adalah para artis yang menerbitkan album mereka.

Sebut dalam buku tu lagi. Tidak semua kita ada bakat dalam nyanyian, tetapi kita ada satu alternatif yang lain di mana semua orang boleh buat! Itulah bisnes ebook.

Dalam post yang seterusnya pula, saya akan cuba sampaikan satu kisah di New York di mana nenek yang telah berusia menjadi jutawan dengan menjual ebook niche kesihatan.

Pastikan anda ikutinya. Ini akan memberikan anda inspirasi pada tahun 2014 ini.

1,348 total views, 5 views today