Alhamdulillah syukur kepada Allah. Setelah empat bulan lebih saya berblogging, blog ini semakin lama semakin ramai rancak dengan komen-komen pelawat dan sebagainya. Jadi saya selalu berfikir bagaimana caranya untuk setiap pelawat yang masuk blog saya ini adalah menjadi tidak sia-sia kepada mereka atau anda.

Jadi, saya terbuka hati untuk mengadakan satu contest di blog saya ini. Contest ini saya namakan ia sebagai “Komen dan Menang Setiap Bulan”. Mudah sahaja kan bunyinya? Anda cuma perlu komen pada artikel saya dan saya akan pilih pemenangnya pada setiap bulan. Bagaimana pula caranya saya memilih pemenang dan bagaimana anda nak buat rujukan siapa akan menjadi pemenangnya?

Jika anda perasan, saya ada pasang satu plugin yang mengesan secara automatik sesiapa yang melawat blog saya dan tinggalkan komen. Plugin ini akan mengira secara automatik apabila anda meninggalkan komen. Plugin ini juga akan menjadi reset secara automatik bila masuk bulan baru. Jadi di sinilah saya akan tentukan siapa akan menjadi pemenangnya pada setiap bulan. Cuba anda lihat bahagian kanan anda yang bertajuk “Paling Mesra Bulan Ini”

Paling Mesra

contoh

Baiklah, setiap contest mesti ada terma dan syarat. Apakah pula terma dan syarat untuk contest di blog saya ini? Mudah sahaja.

  1. Tinggalkan komen yang relevan pada artikel yang anda komen. Panjang pendek komen tidak mengapa dan tidak menjadi masalah.
  2. Minimum komen untuk anda menang dalam contest ini adalah 10 komen dalam masa sebulan. Jika anda berada di rangkin nombor satu pun tetapi tidak mencapai 10 komen, anda tidak akan dikira sebagai pemenang kerana dianggap tidak mesra.
  3. Boleh komen sebanyak mana pada artikel yang sama. Makusd saya di sini anda berbalas komen pelawat yang lain di artikel yang sama tetap dikira. Bukan buat spam semata-mata nak hadiah. Saya tidak pilih yang buat spam.
  4. Saya hanya pilih seorang sahaja pemenang pada setiap bulan dan akan menerima wang sebanyak RM20. Pemenang tersebut saya pilih berdasarkan rangkin nombor satu sahaja.
  5. Pemenang saya akan maklumkan di blog saya sendiri dan saya akan print syot nama pemenang.
  6. Lain-lain terma dan syarat akan diberitahu dari semasa ke semasa

Mungkin anda berfikir berbaloi ke kalau menang dapat RM20? Ingat kata saya ini. Contest ini saya buat bukan sekali seumur hidup tetapi pada setiap bulan. Pemenang saya akan pilih pada tiap-tiap bulan. Lagipun contest ini untuk suka-suka sahaja dan saya berharap anda cukup bersyukur jika anda jadi pemenang dan menerima sebanyak RM20 daripada saya. Komen je pun. Takkan la saya nak bagi RM100 setiap kali menang. Dengan RM20, anda dah boleh belanja dua hari makan untuk diri sendiri sebenarnya.

Jadi, bila contest ini bermula? Contest ini bermula dari sekarang (1/6/2013) sehingga akan di beritahu kelak. Jadi nasihat saya, sila bookmark page ini di browser anda untuk rujukan kelak. Sekian terima kasih.

(Komen betul)

Komen ini berbalas komen dengan pelawat lain. Ia tetapi dikira walaupun di artikel yang sama

komen yang betul

(Komen Salah)

Mana silapnya? Nama yang memberikan komen di bawah ini adalah tuan yang sama. Komennya berulang-ulang di artikel yang sama. Nampak macam pelik komen-komen macam ni. Saya tidak akan kira.

komen yang salah

6,031 total views, 2 views today