Hari ni iaitu pada 30/4/2013 adalah kali pertama dalam hidup aku di temuduga sebagai seorang calon Penolong Pegawai Perubatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sebelum ini aku tiada pengalaman langsung bagaimana perasaan apabila di temuduga. Apabila merasai sendiri pengalaman di temuduga tersebut, barulahku tahu ia bukanlah sesukar mana yang aku fikirkan.

Pusat temuduga saya adalah di Makmal Kesihatan Awan, Kota Bharu. Oleh kerana aku dari Tanah Merah, aku terpaksa bertolak seawal pukul 6.30 pagi lagi supaya tiba tepat pada masanya.

Aku sampai di sana lebih kurang pukul 7.40 pagi dan terus masuk ke tempat menunggu. Disitu ada seorang pegawai yang bertugas untuk memeriksa dokumen-dokumen calon dan kehadiran calon.

Selepas selesai, aku diminta untuk menurunkan tanda tangan sebagai pengesahan yang aku telah hadiri temuduga tersebut. Sangkaan aku calon yang hadir adalah ramai. Rupanya hanya 9 calon sahaja yang hadir.

Lebih kurang pada pukul 8.15 pagi, kami masuk ke dewan peperiksaan untuk melakukan ujian bertulis.

Dalam ujian bertulis ini adalah untuk menentukan minat kita saja. Jawab saja “Ya” atau “Tidak”. Ujian tersebut berlangsung selama 40 minit untuk 226 soalan. Walaupun soalan menentukan minat kita, saya berasa agak pening juga untuk menjawabnya. Antara soalan yang saya ingat dalam ujian bertulis itu adalah,

  1. Minat ke tak membaiki peralatan elektrik
  2. Minat ke tak dalam bidang keusahawanan
  3. Minat ke tak dalam bidang musik
  4. Minat ke tak dalam aktiviti kemasyarakatan
  5. Minat ke tak dengan kali selidik dan sebagainya sehingga 226 soalan

Selepas selesai menjawab ujian bertulis, aku menunggu pula untuk di temuduga. Aku calon yang ketiga daripada 9 orang.

Sepanjang menunggu, aku agak gementar kerana inilah kali pertama aku menemu duga. Aku gementar bukan kerana untuk menemui panel tersebut tetapi aku takut soalan yang ditanya nanti tidak terjawab.

Nama aku di panggil. Aku masuk ke dalam bilik dengan mengetuk pintu dan memberi salam. Segala dokumen yang diminta dalam surat aku serahkan kepada mereka.

Korang juga di nasihatkan supaya membawa salinan sijil asal kerana mereka akan minta nanti. Nasib baik secara kebetulan saya membawa salinan sijil asal.

aku jer

Anda hendaklah bersedia dengan jawapan berikut. Inilah antara jawapan yang panel tanya kepada aku.

  • Perkenalkan diri awak (soalan wajib)
  • Suka tengok TV chanel apa?
  • Isu penyakit sekarang apa?
  • Siapa yang mengetuai klinik 1 Malaysia?
  • Apakah kerja sebagai seorang penolong pembantu kesihatan?
  • Di mana penolong pembantu pegawai perubatan ditempatkan?
  • Kenapa minat dengan bidang ni?
  • Berapa tahun latihan?
  • Faiz nak tanya soalan sebelum temu duga di tutup? (soalan wajib)

Itulah serba sedikit yang saya ingat. Kepada anda yang bakal menemu duga dalam bidang ini, bersedialah dengan soalan-soalan yang berkaitan seperti di atas. Soalan yang aku target semuanya tidak ditanya seperti,

  • Apakah maksud gagasan 1 Malaysia
  • Siapa menteri kesihatan/timbalan menteri kesihatan
  • Rukun Negara
  • Perdana Menteri Malaysia dan sebagainnya mengenai negara

Kepada korang yang membaca artikel ini, semoga dapat membuat persediaan kepada korang untuk menemu duga sebagai seorang Pembantu Pegawai Perubatan. Semoga anda berjaya.

Semoga tips temuduga ini berkesan untuk korang.

Sekian!

7,469 total views, 2 views today